Jenayah

Pusat pelacuran diserbu

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menyerbu hotel yang dipercayai menyediakan aktiviti tidak bermoral di Jalan Pasir Putih, di sini, semalam, dalam membanteras kegiatan maksiat.

Dalam operasi selama hampir tiga jam yang diketuai oleh Penguat kuasa Jaipk, Mohd Hafizi Kariah itu, seramai 13 individu berjaya diberkas masing-masing warga asing.

Selain Jaipk, operasi bersepadu ini turut melibatkan pegawai serta penguat kuasa dari Jabatan Imigresen Cawangan Ipoh dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, operasi berkenaan disertai 71 anggota melibatkan tiga agensi.

Menurutnya, tujuan utama operasi berkenaan bagi membendung kegiatan maksiat yang berleluasa khususnya dalam kalangan warga asing termasuk yang beragama Islam.

“Dalam operasi ini, tiga premis hotel diserbu. Namun, hanya 13 individu sahaja yang berjaya diberkas manakala yang lain kita percaya berjaya melarikan diri sebelum operasi dijalankan.

“Kesemua mereka ini diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas mereka gagal kemukakan dokumen yang sah,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi semalam.

Ahmad Nizam berkata, serbuan dibuat berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai tentang pusat pelacuran yang beroperasi secara terbuka di hotel itu selain risikan yang dibuat selama sebulan.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan di premis yang menyediakan perkhidmatan tidak bermoral itu adalah warga asing dari pelbagai negara.

Operasi yang melibatkan empat kumpulan itu pada awalnya mengalami kesukaran untuk masuk selepas pintu premis hotel berkenaan dikunci seolah-olah kehadiran penguat kuasa sudah dihidu terlebih dahulu.

Anggota penguat kuasa terpaksa menggunakan peralatan khas bagi memecah masuk ke hotel berkenaan sebelum meneruskan operasi.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Ipoh, di sini, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1956/63, Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) akta yang sama.

Mereka yang ditahan warganegara India dan Bangladesh berusia antara 22 hingga 36 tahun dengan dua daripadanya lelaki dipercayai pelanggan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");