Jenayah

Rasuah isu antarabangsa kata Abu Kassim

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan rasuah sebagai isu antarabangsa yang turut berlaku di seluruh dunia yang melibatkan pelbagai agensi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, apa yang membezakan rasuah tersebut antara satu agensi dengan agensi yang lain adalah tahap rasuah itu dilakukan.

“Rasuah dalam kalangan penguat kuasa ini masalah antarabangsa. Tapi tahap (rasuah) itu akan membezakan antara satu agensi dengan yang lain.

“Tapi yang lebih penting adalah sejauh mana usaha-usaha dibuat secara serius untuk memerangi rasuah.

“Dalam konteks pagi ini, saya lihat PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka pintu yang lebih besar untuk kita bekerjasama,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Beliau juga percaya beberapa perjanjian yang telah dibuat antara kedua-dua pihak itu dapat menangani isu rasuah dengan lebih berkesan.

“Alhamdulillah. Beberapa perjanjian telah dibuat mengenai beberapa perkara yang kita cadangkan sekiranya perkara itu diteruskan.

“Insya-ALLAH kaedah dan pendekatan untuk menangani isu rasuah ini akan dibuat secara lebih berkesan,” katanya.

Melalui pertemuan pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua pihak berbincang dan bertukar pendapat mengenai cara untuk memperbaiki tindakan dalam menangani salah laku dan rasuah.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");