Perak Hari Ini

R&R Sungai Perak arah utara dan selatan ditutup sementara: PLUS

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan.

Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS), R&R Sungai Perak di KM 249.3 arah utara akan ditutup esok (8 Oktober) mulai dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Manakala R&R Sungai Perak arah selatan pula ditutup pada Khamis (9 Oktober) juga pada waktu yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, semua gerai, kiosk dan kemudahan lain akan ditutup kepada orang ramai sepanjang kerja penyelenggaraan itu kecuali stesen minyak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");