Jenayah

Sang bedal baham kepala

Betong: Mayat seorang lelaki ditemui tanpa kepala dan tangan kiri selepas dibaham buaya ketika mencari batang sagu di Sungai Batang Rimbas berhampiran Rumah Panjang Buda, Debak, semalam.

Kejadian berlaku pada jam 10 pagi ketika mangsa, Mustapa Bunsu, 50, dari Kampung Tuie, Pusa bersama empat rakan sedang menyusun batang sagu dalam sungai berkenaan tanpa menyedari kehadiran reptilia lebih empat meter.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Aidil Bolhassan berkata, ketika berada dalam air bersama rakannya, mangsa secara tiba-tiba tenggelam disambar buaya.

“Beberapa minit kemudian, rakannya melihat mangsa kembali timbul di celah batang sagu sebelum hilang. Polis yang menerima maklumat rakannya kemudian dengan segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Usaha mencari dan menyelamat digerakkan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada kayu kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, jam 3.45 petang,” katanya, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");