Berita Hari Ini

Siew Keong nafi minta gugur kes Akta Hasutan

TELUK INTAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong menafikan mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan agar menggugurkan semua pertuduhan yang dikenakan kepada mana-mana pihak di bawah Akta Hasutan.

Siew Keong melahirkan rasa kesal dan marah di atas satu laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini yang mengatakan kononnya beliau dalam satu sidang akhbar pada majlis perwakilan Gerakan Selangor mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata sedemikian kepada mana-mana pemberita. Dalam sidang akhbar itu saya mengatakan bahawa Akta Harmoni boleh dianggap lebih sesuai berbanding Akta Hasutan.

“Ini kerana Akta Harmoni memainkan dua peranan sekali gus iaitu menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dan boleh digunakan untuk keharmonian, kesejahteraan dan penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini dan saya melihat akta ini di lihat amat bersesuaian buat masa ini,” katanya kepada pemberita, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembentangan Projek Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Pejabat Daerah Hilir Perak.

Siew Keong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, beliau tidak pernah mendesak ataupun mencadangkan kepada kerajaan untuk menggugurkan pertuduhan yang di kenakan kepada mana-mana pihak ataupun individu yang di babitkan ataupun di hukum di bawah akta hasutan.

Katanya, itu adalah bidang kuasa polis dan pendakwa raya dan laporan yang dibuat oleh pihak tersebut adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mencadangkan agar wartawan akhbar berkenaan agar memohon maaf dan perbetulkan kesilapan yang berlaku,” katanya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");