Sukan Hari Ini

Suarez buat penampilan sulung untuk Barcelona Sabtu ini

MADRID: Selepas 122 hari, Luis Suarez akan ‘bebas’ semula untuk beraksi dalam pertandingan dan saat dinanti-nantikan itu apabila Barcelona menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu, Sabtu ini.

Suarez dikatakan sudah banyak berubah sejak aksi menggigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini pada saingan Piala Dunia di Brazil, Jun lalu.

Ketika itu dia dihujani dengan kutukan dan kritikan terutama oleh pengulas sukan dari seluruh dunia sehingga FIFA mengenakan hukuman larangan bermain selama empat bulan kerana aksi itu sudah tiga kali dilakukannya.

Ia turut membawa Suarez menukar kelab dari Liverpool ke Barcelona.

Baru-baru ini, Suarez mengakui pada mulanya beliau bimbang dengan keputusannya meninggalkan Liverpool untuk menyertai Barcelona akan menemui kegagalan, namun kelab Catalan itu tetap melabur AS$127 juta atau 95 juta Euro kerana yakin dengan kewibawaan penyerang Uruguay itu.

“Saya takut mereka (Barcelona) akan menukar fikiran susulan aksi saya itu. Saya sedar ia boleh berlaku.

“Namun ketika itu hubungan sudah dibuat dengan Barca namun ejen mereka, Pere Guardiola hubungi saya dan memberitahu semuanya sudah selesai.

“Saya mula menangis dengan apa yang sudah saya lalui dan dengan keikhlasan yang ditunjukkan Barca untuk saya. Kini tiba masanya saya membayar semula keikhlasan mereka buat saya,” katanya.

Suarez meledak 31 gol Liverpool untuk Liga Perdana Inggeris dan menyaksikan dia dimahkotakan sebagai pemain terbaik di kalangan pemain serta penulis di England. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");