Berita Hari Ini

Tawar diri bantu TH

Makkah: Seramai 168 jemaah haji menawarkan diri secara sukarela sebagai Sahabat Tabung Haji (TH) bagi membantu petugas TH ketika kemuncak haji di Masya’ir (Arafah, Muzdalifah, Mina).

Sahabat TH ini dibahagikan kepada tiga kategori di setiap enam maktab iaitu Sahabat Kebajikan (20 orang) Sahabat Ibadah (6) serta Sahabat Medik (2) dan mereka dipilih berdasarkan latar belakang diperolehi daripada pusat maklumat TH.

Seorang jemaah haji, Dr Mohd Azmier Ahmad berkata, dia dan isteri menawarkan diri sebagai Sahabat Ibadah supaya 3,216 jemaah haji, khususnya maktab 88, mendapat pengisian kerohanian sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau yang juga Timbalan Dekan (Hubungan Pelajardan Rangkaian) Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia berkata, dia memimpin solat berjemaah serta tazkirah setiap hari di maktab selain membantu petugas TH ketika di Masya’ir nanti.

“Ia boleh menjadi anjakan paradigma untuk menzahirkan sifat takwa dan akhlak yang lebih baik bagi jemaah ketika di tanah air nanti.

“Kelebihan dalam setiap amal haji dibentangkan beserta kaitan pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim dengan ibadah haji serta falsafahnya yang sering disampaikan kepada jemaah haji.

“Selain itu, saya dan isteri, Hanisah Fadzil, 30, juga memberikan tazkirah motivasi keluarga dan kelebihan isteri yang turut disampaikan selepas solat Maghrib,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");