Laporan Eksklusif

Terkini Dari Istana Kehakiman: Prosiding Ditangguhkan, Penyokong Anwar Pulang Hampa

Prosiding hari ketiga rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan ditangguhkan kira-kira jam 1 petang tadi.

Terdahulu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan peguam pendakwaraya memohon kepada mahkamah untuk menyampaikan hujah, esok.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan hari Isnin (3 Nov) untuk pasukan peguambela menjawab hujah pendakwaan.

Sebaik dimaklumkan berita itu, sedikit demi sedikit penyokong Anwar dilihat meninggalkan perkarangan Istana Kehakiman.

Sambutan penyokong pada hari ketiga juga tidak memberangsangkan apabila sekitar 400 orang yang hadir berbanding lebih 1,000 penyokong semalam.

Pada 7 Mac yang lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");