Jenayah

Terperangkap dalam lif

KUANTAN- Penghuni Blok B Rumah Pangsa Kampung Kempadang di sini gempar apabila seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 10 tahun terperangkap dalam lif yang mengalami kerosakan, semalam.

Penduduk yang menyedari kejadian itu segera menghubungi bomba bagi mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Ubi bersama sebuah jentera ke lokasi.

Menurutnya, anggotanya tiba kira-kira 15 minit kemudian dan segera menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

“Kita terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu lif bagaimanapun usaha itu berjaya dan kanak-kanak terbabit dapat dikeluarkan dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Anuar berkata, lif terbabit mengalami masalah teknikal ketika kanak-kanak terbabit menggunakannya menyebabkannya terhenti.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");