Jenayah

Tiga suspek bunuh guru ditahan

Kota Kinabalu: Tiga lelaki berusia 17 hingga 28 tahun ditahan tengah malam tadi bagi membantu siasatan kes bunuh guru Masina Samadi, 50, di perumahan pekerja Sabah Electricity Sdn Bhd Kundasang, Ranau, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek akan direman hari ini.

“Siasatan awal menunjukkan semua suspek adalah rakyat tempatan.

“Dengan penahan tiga individu ini, polis merumuskan kes bunuh tersebut dapat diselesaikan,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berhubung lokasi sebenar suspek ditahan.

Jumaat lalu, mangsa ditemui maut dengan kesan luka di bahagian belakang kepala mangsa di ruang tamu rumahnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");