Sukan Hari Ini

Van Gaal percaya United boleh juarai Liga Perdana Inggeris

WEST BROMWICH, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menegaskan pasukannya masih boleh mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, biarpun wujud jurang 10 mata antara kedua-dua pasukan.

Namun, keputusan seri 2-2 dengan West Brom awal pagi tadi menuntut pasukan Van Gaal untuk meraih keputusan positif apabila berdepan pasukan Jose Mourinho Ahad ini.

Perlawanan itu menjanjikan ujian terbesar ke atas Van Gaal sejak ia tiba di Old Trafford kerana United masih belum bertemu pasukan empat teratas liga musim lalu.

Namun bekas jurulatih Belanda dan Barcelona itu menegaskan harapan untuk pasukannya menjuarai liga masih belum berakhir.

“Ia boleh dicapai tetapi sukar untuk dikatakan kerana ia akan menunjukkan saya sombong. Tetapi saya sudah melakukannya banyak kali,” katanya.

Van Gaal juga menegaskan kegagalan pasukannya untuk menewaskan West Brom tidak bermakna kemungkinan untuk mengatasi pendahulu liga yang belum pernah kalah musim ini, harus ditolak.

“Kini kami perlu bertemu Chelsea tetapi anda tidak boleh bandingkan West Bromwich Albion. Saya rasa Chelsea dan Man City di tahap berbeza. Kami perlu tunggu sama ada boleh menewaskan mereka,” katanya.

United terpaksa menunggu gol penyamaan Daley Blind pada minit ke-87 untuk mencuri satu mata, sekali gus satu peringatan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan pasukan kendalian van Gaal itu. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");