Berita Hari Ini

Wujudkan cukai kepada orang kaya

Kerajaan tidak perlu takut untuk memperkenalkan pelbagai cukai khusus kepada golongan jutawan dan kaya-raya bagi menambahkan pendapatan negara.

Malah, kerajaan juga tidak sepatutnya menurunkan cukai korporat kerana syarikat-syarikat termasuk pelabur langsung asing telah menikmati pelbagai faedah dan insentif di Malaysia.

Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pengurangan cukai secara berterusan tidak baik untuk jika defisit negara terlalu besar, dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan negara dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh berterusan menyuntik aliran tunai kerana ia mengakibatkan peningkatan inflasi.

“Oleh sebab itu kerajaan perlu mematuhi dispilin fiskal yang merupakan aspek utama perancangan bajet sesebuah negara atau institusi.

“Apatah lagi, defisit negara dalam keadaan signifikan dan kerajaan mesti mengurangkannya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditanya mengenai Bajet 2015.

Beliau berpendapat dalam keadaan sekarang kerajaan dijangka tidak akan meningkatkan perbelanjaan dan Bajet 2015 bakal menyaksikan pengurangan perbelanjaan pembangunan.

Untuk memberi keseimbangan semula, kerajaan sepatutnya mewujudkan lebih banyak cukai baru kepada golongan kaya-raya kerana pendekatan sama tidak boleh dilakukan kepada rakyat secara keseluruhannya.

“Orang kaya yang meraih kekayaan sehingga menjadi jutawan, bilionaire sepatutnya membayar cukai lebih. Apa hendak takut, cukai bukan banyak jika dibanding dengan kekayaan yang dimiliki.

“Syarikat asing juga wajar membayar cukai kerana cukai ini bukan cukai individu. Syarikat yang mendapat pelbagai insentif kerajaan perlu bayar cukai lebih,” tambahnya.

Jika langkah ini tidak dilaksanakan, jurang antara golongan miskin dan kaya di Malaysia akan terus melebar. Jurang pendapatan dalam kalangan rakyat negara ini adalah yang terbesar di ASEAN.

Jurang pendapatan ini jika tidak diatasi, dikhuatiri akan menyebabkan masalah sosial, selain kemarahan rakyat, aliran keluar tunai dan penghijrahan bakat-bakat tempatan.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");