Perak Hari Ini

17 IPT Sertai UTP-HAX National Hacking Competition 2014

IPOH: Sebanyak 38 pasukan yang mewakili 17 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menyertai UTP-HAX National Hacking Competition 2014 (UTP-HAX’14) yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP), dekat Tronoh, hari ini.

Pertandingan tersebut dianjurkan dengan kerjasama KPerak Implementation & Corporation (KPerak), CyberSecurity Malaysia (CSM), Fortinet, Yayasan UTP serta Alumni UTP.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr. Amirudin Abdul Wahab, pertandingan itu diharap dapat melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang penggodaman bagi membanteras jenayah ‘hackers’.

“Kita memerlukan lebih daripada peralatan dan penyelesaian bagi melindungi data kita daripada penggodam.

“Jadi, untuk mengalahkan seorang penggodam, kita perlu berfikir bagaimana cara mereka mereka melakukannya,” katanya ketika menyampaikan ucapan Majlis Perasmian UTP-HAX National Hacking Competition 2014 (UTP-HAX’14) di Hotel Casuarina@Meru.

Aminudin

Ujarnya, pihak yang dipertanggungjawab menjaga rangkaian siber tersebut juga perlu bijak dalam menangani masalah berkenaan.

“Anggota keselamatan siber perlu tahu bagaimana untuk menjangka sifat ancaman daripada penggodam.

“Justeru, melalui pertandingan ini, kami percaya peserta akan mendapat pengalaman dan kefahaman yang lebih mendalam berkenaan cara untuk memastikan ruang siber yang selamat dan terjamin.

“Selain itu, ia akan menjadi latihan yang lebih baik kepada pentadbir rangkaian atau mereka yang diamanahkan dengan melindungi rangkaian komputer,” tambahnya.

UTP-HAX National Hacking Competition 2014 (UTP-HAX’14) diadakan dalam pelbagai peringkat dan secara berkumpulan mengikut peraturan ditetapkan Cyberlympic Hacking Competition.

Ia merupakan pusingan awal bagi pasukan daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk melangkah ke peringkat Asia dan seterusnya ke Pertandingan Hacking peringkat Antarabangsa.

Antara IPT yang terlibat adalah Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabar (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam.

Dalam pertandingan itu, peserta perlu menggunakan cara yang kreatif untuk memenangi pertandingan ini dimana mereka perlu mengimbas, menguji, menggodam, bertahan dan menggunakan kreativiti minda mereka untuk menawan sistem tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");