Perak Hari Ini

24 Ketua Balai Daerah Ipoh Tandatangani Aku Janji Banteras Kegiatan Perjudian

IPOH: Demi memastikan amanah yang digalas dilaksanakan sepenuhnya, hari ini seramai 24 Ketua Balai Daerah Ipoh; seorang Ketua Siasatan Jenayah dan seorang Ketua Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) telah menandatangani aku janji di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, aku janji berkaitan membanteras kegiatan perjudian samada mesin judi atau lain-lain bentuk di sekitar bandaraya Ipoh bertujuan agar pegawai yang terlibat akan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Pada hari ini mereka perlu menandatangani tiga salinan aku janji dimana satu untuk simpanan sendiri, manakala masing-masing satu IPD dan satu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

“Usaha untuk membanteras perjudian ini telah dijalankan secara terus menerus dimana dalam pentadbiran IPD Ipoh, kita akan laksanakan serbuan, serta tangkapan terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti perjudian,” katanya.

Menurutnya , para pegawai yang sudah menandatangani aku janji itu jika gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, mereka boleh dikenakan tindakan.

“Mana-mana ketua balai, jika terdapat kegiatan perjudian wujud tanpa diambil tindakan atau mereka tidak tahu… bermakna mereka tidak melakukan pemantau dan amanah yang diberikan, mereka akan dikenakan tindakan sama ada tindakan tatatertib serta diberikan notis 24 jam untuk ditukarkan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani aku janji tersebut.

Sum berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan sebaik sahaja memperolehi maklumat berkenaan kegiatan perjudian tersebut setelah mendapat kerjasama dengan beberapa pihak.

Katanya, kerjasama itu melibatkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan memotong bekalan elektrik di premis-premis yang dijadikan sarang perjudian.

Tambah beliau, pihaknya akan terus memohon waran daripada mahkamah untuk membuat serbuan dan rampasan dan jika ada suspek yang dijumpai, mereka akan terus ditangkap.

“Kita juga meminta orang awam untuk membantu pihak polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");