Jenayah

3 beranak selisih ajal

Jasin: Tiga beranak nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang treler yang lampu belakangnya tidak berfungsi di Kilometer 181 Lebuhraya PLUS, arah selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Jamsari Tudiman bersama isteri, Norasmah Yahya masing-masing berusia 40 tahun bersama bayi mereka, Mohd Adam Jamsari berusia enam bulan dalam perjalanan dari Simpang Ampat, di sini ke rumah keluarga Norasmah di Felda Cempelak, Labis, sebelum terbabit kemalangan.

Walaupun kereta Toyota dinaiki tiga beranak itu remuk teruk, mereka hanya cedera dan pemandu treler tidak memberhentikan kenderaan selepas kemalangan.

Jamsari berkata, kereta dipandunya di lorong kiri dan tidak menyedari kewujudan treler di depan kerana lampu belakang treler itu tidak berfungsi .

“Isteri menjerit meminta saya mengelak, tetapi tidak sempat berbuat demikian sebelum merempuh kenderaan berat itu.

“Kereta saya terbabas ke lorong kanan dan terhenti di situ sebelum pengguna lebuh raya berhenti dan membantu. Saya berterima kasih kepada orang ramai yang menghubungi talian kecemasan sebelum anggota bomba tiba dan mengeluarkan kami yang terperangkap dalam kereta,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Kanan Penguasa Bomaba Wan Azlan Wan Abd Jalil berkata, tujuh pegawai dan anggota bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 malam.

“Operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahrulnizam Sidek dan kita mengambil masa kurang 10 minit untuk mengeluarkan semua mangsa yang cedera sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk dirawat,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");