Jenayah

3 das henti kenderaan

Kuala Lumpur: Dua lelaki Afrika yang dikehendaki Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara berjaya ditahan berdekatan sebuah pusat beli-belah di Kepong petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, sepasukan polis dari IPD Seberang Perai Utara membuat intipan untuk menahan kedua-dua suspek berdekatan pusat beli belah itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika itu, kedua-dua suspek keluar dari pusat beli-belah dan menuju ke arah sebuah kereta Perodua Myvi.

Katanya, apabila polis menghampiri suspek, mereka meluru masuk ke dalam kenderaan dan cuba melarikan diri dengan melanggar anggota polis.

“Pegawai berkenaan terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kereta yang dinaiki suspek untuk memberhentikan kenderaan. -hmetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");