Perak Hari Ini

35 Kanak-kanak Sertai ‘Camping Under The Stars’ di Lost World Of Tambun

IPOH: Seramai 35 orang kanak-kanak telah menyertai program ‘Camping Under The Stars’ yang diadakan di Lost World Of Tambun (LWOT) dekat Ipoh, bermula hari ini sehingga esok (Sabtu).

Penganjuran yang memasuki edisi keempat tersebut dijalankan bersempena cuti persekolahan yang bermula sejak 22 November lalu, dan membolehkan kanak-kanak untuk merasai perkhemahan selama dua hari satu malam itu.

Menurut Penolong Pengurus Besar LWOT, Jasmy Othman, program tersebut mampu memberi pengalaman yang mengujakan kepada golongan cilik itu untuk hidup berdikari sepanjang tempoh perkhemahan itu berlangsung.

“Saya benar-benar percaya bahawa perkhemahan ini adalah satu pengalaman yang hebat untuk kanak-kanak untuk membina kemahiran komunikasi.

Selain itu, ia mampu membentuk peribadi mereka bersama rakan-rakan dalam suasana persekitaran semula jadi yang selamat di Taman Tema ini,” katanya.

Katanya lagi, idea ‘Camping Under The Stars’ tercetus apabila melihat gejala tidak sihat yang dialami oleh kanak-kanak dimana pada masa kini, mereka hanya tertumpu kepada alatan elektronik seperti telefon pintar dan gajet.

ranjer2

“Kanak-kanak hari ini seolah-olah kagum dengan dunia telefon pintar dan kurang berhubung atau bersosial dalam realiti kehidupan seharian.

“Oleh sebab itu, LWOT mengambil inisiatif untuk merapatkan jurang ini dengan mewujudkan aktiviti yang menyeronokan bagi menggalakkan nilai-nilai positif dalam diri mereka.

“Antaranya bekerja dalam kumpulan, mengenali rakan-rakan baru dan apa yang lebih penting adalah untuk menanamkan kesedaran serta ‘survival skill’ apabila menempuhi aktiviti di luar atau menghadapi situasi kehidupan sebenar,” tambahnya.

‘Camping Under The Stars’ mengumpulkan kanak-kanak berusia dalam lingkungan lapan hingga 14 tahun dimana terdapat aktiviti menarik sepanjang perkhemahan itu berlangsung seperti mendirikan khemah, ‘Triple X 2.0’, perkongsian cerita dan berbagai lagi.

Kem itu sudah semestinya mampu melahirkan sifat positif serta kepuasan dalam diri kanak-kanak tersebut dan seterusnya menjadi pengalaman yang indah bagi mereka.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.sunwaylostworldoftambun.com atau media sosial Facebook di www.facebook.com/lostworldoftambun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");