Jenayah

39 rakyat dikesan terlibat militan IS

KUALA LUMPUR – Seramai 39 rakyat Malaysia dikesan terlibat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria setakat ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, polis akan terus menjejak warga Malaysia yang terlibat dengan aktiviti militan di luar negara.

“Jumlah itu diperolehi melalui hasil risikan dengan agensi keselamatan dan negara lain terutama di Asia,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) di sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata, latar belakang, negeri asal dan tahap pendidikan mereka yang terlibat tidak dapat didedahkan berikutan kes tersebut masih dalam siasatan polis.

“Namun, tiada rakyat yang terlibat berasal dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Makin @ Marcus Majigoh (BN-Putatan) mengenai dakwaan terdapat anggota kumpulan militan yang pulang ke negara ini untuk mempengaruhi rakyat Malaysia, beliau berkata, polis sentiasa membuat pemantauan dan akan mengambil tindakan sekiranya ia berlaku.

“Kenyataannya ialah kepulangan mereka yang terlibat dalam perjuangan ini bukan untuk menyerah diri. Tetapi untuk mempengaruhi rakyat Malaysia tidak kira Islam atau bukan Islam untuk menyertai mereka.

“Tetapi polis sentiasa memantau dan kita akan ambil tindakan,” katanya./sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");