Perak Hari Ini

AEON Ke-4 Di Perak, Dibuka di Taiping

TAIPING : Pembukaan secara rasmi rangkaian pusat membeli-belah Aeon Mall Taiping (Aeon) di Kamunting menjadikan keseluruhannya 32 gedung itu dibuka di seluruh Malaysia.

Di Perak pula,sehingga kini Aeon sudah memiliki empat cawangan yang mana ia mula-mula dibuka di Kinta City Ipoh, seterusnya di Station 18, Pangkalan; Manjung dan terkini di Taiping.

Pengerusi Aeon Co. (M) Bhd, Datuk Abdullah Mohd Yusof berkata, pembukaan Aeon itu adalah satu pengiktirafan kepada Taiping.

“Ia merupakan satu pengiktirafan terhadap perkembangan pesat kawasan Taiping khasnya dan Perak amnya,” katanya.

aeon tp

Menurutnya, pembinaan pusat membeli belah yang menelan belanja lebih daripada RM66 juta itu menekankan konsep hijau yang disarankan oleh Kerajaan Negeri.

“Aeon Mall Taiping ini dibuka kepada orang ramai bermula 14 November.

“Dalam usaha menyahut seruan Kerajaan bagi mengekalkan kehijauan bumi, Aeon telah menanam 13,000 batang pokok daripada pelbagai spesis tempatan seperti yang kami lakukan di setiap pusat membeli belah di Malaysia,” kata beliau.

Selain itu, katanya dengan pembukaan pusat beli-belah itu, ia mampu menambah pendapatan ekonomi negeri dengan kepelbagaian promosi jualan untuk menarik lebih ramai pelanggan sama ada dari dalam atau luar kawasan tersebut.

Perasmian pembukaan Aeon disempurnakan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Baginda turut menyampaikan sumbangan Yayasan AEON Malaysia kepada rumah kebajikan dan anak-anak yatim sekitar Taiping.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");