Berita Hari Ini

Ahmad Maslan Tidak Berniat Kelirukan Dewan – Speaker

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa menolak usul yang dikemukakan Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) untuk mengheret Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, hasil penelitiannya mendapati Ahmad tidak berniat untuk mengelirukan sidang Dewan Rakyat.

“Bagi membolehkan seseorang itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu fakta dan penjelasan yang salah untuk mengelirukan Parlimen.

“Selain itu, kriteria yang akan diambil kira ialah tiada sebarang usaha oleh pihak berkenaan untuk membetulkan kesilapan selepas melakukannya,” kata Pandikar Amin.

Tambah Pandikar Amin, setelah mendengar penjelasan yang diberikan Ahmad berhubung isu berkenaan, dan berdasarkan situasi di mana beliau perlu menjawab banyak soalan secara spontan pada ketika itu, Speaker berpandangan bahawa timbalan menteri itu tidak mempunyai niat untuk mengelirukan Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Ahmad menjelaskan di Parlimen bahawa kenyataannya pada 6 November adalah salah dan beliau memperbetulkannya dengan mengatakan bahawa sebenarnya tidak ada surat sokongan untuk untuk menjamin RM9.6 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi penjelasannya, Ahmad mengakui bahawa beliau tertinggal enam perkataan yang berkaitan dengan jawapannya sebelum ini iaitu “tidak ada surat jaminan yang lain”.

“Saya tertinggal enam perkataan. Saya tidak bermaksud untuk mengelirukan Dewan. Maaf dan terima kasih, ” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");