Isu Panas

Ahmad Said sedia disiasat SPRM

KEMAMAN – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau terlibat dengan penyerahan kawasan pajakan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun kepada Syarikat CAA Resources.

Ahmad, yang menjadi menteri besar dari 22 Mac 2008 hingga 12 Mei lalu, berkata, mana-mana pihak yang meraguinya boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, polisi kerajaan negeri ketika di bawah pentadbirannya juga meletakkan syarat syarikat yang akan membuka kilang besi di Terengganu sahaja yang diberi kelulusan untuk melombong.

“Contohnya, kita beri kepada Perwaja Steel Sdn Bhd seluas 240 hektar kawasan bijih di Bukit Besi kerana mereka telah mendirikan kilang dengan pelaburan sebanyak RM250 juta dan kini kilang itu telah 95 peratus siap.

“Kita juga luluskan kawasan bijih seluas 240 hektar di Bukit Besi itu kepada Eastern Steel Sdn Bhd di mana kilangnya ketika ini hampir siap sepenuhnya dan akan beroperasi tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci dan surat tawaran kumpulan pertama rumah mampu milik Padang Kubu, Kijal, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat CAA Resources, Li Yang berhubung penyerahan kawasan pajakan perlombongan bijih Besi di Bukit Besi, Dungun dalam sesebuah akhbar, baru-baru ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");