Berita Hari Ini

Air Asia X hadapi masalah bayar gaji kakitangan

Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh AirAsia X Bhd berdepan masalah membayar kakitangannya dan terpaksa membahagikan gaji secara berperingkat pada bulan Oktober, lapor akhbar perniagaan The Edge Financial Daily pada Selasa.

Berita tersebut dilaporkan ketika saham syarikat kini sedang mengalami aliran menurun di Bursa Malaysia.

Menurut akhbar berpengaruh itu, Air Asia X didakwa mengeluarkan pekeliling yang menyatakan bahawa gaji asas, elaun tetap dan produktiviti, kerja lebih masa dibayar pada 24 Oktober manakala elaun lain dibayar pada 31 Oktober.

Selain itu, elaun penerbangan sewa khas dibayar pada 5 November, jelas pekeliling tersebut.

Isu gaji tersebut timbul ketika AirAsia X menyaksikan penurunan baki tunai syarikat kepada RM144.7 juta pada 30 Jun tahun ini, daripada RM262.9 juta pada akhir tahun 2013, jelas The Edge.

Harga saham AirAsia X di Bursa Malaysia turun 3 sen iaitu 71.5 sen pada tengah hari selasa, selepas dibuka pada 73.5 sen pagi ini.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, The Edge Financial Daily melaporkan bahawa kedudukan kewangan syarikat itu terjejas berikutan kelewatan kelulusan pinjaman daripada institusi kewangan, selain rangkaian laluan sedia ada yang tidak menguntungkan serta penghantaran pesawat baru.

Masalah kewangan tersebut dikesan selepas pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ais Asia Tan Sri Tony Fernandes terpaksa mengambil “peranan lebih menonjol” dalam pengurusan AirAsia X, kata sumber akhbar tersebut.

Difahamkan Fernandes telah mengadakan pertemuan dengan kakitangan syarikat penerbangan itu di Akademi Latihan AirAsia di Sepang petang Isnin, dengan perbincangan berkaitan penjenamaan semula syarikat penerbangan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");