Berita Hari Ini

Anak kelahiran Besut mulakan kembara 20,000km rentasi benua Australia

BESUT: Lima anak kelahiran Besut hari ini memulakan kembara sejauh 20,000 kilometer merentasi benua Australia selama 35 hari menerusi ‘Program Kembara Trans Benua Australia’.

Kumpulan itu diketuai seorang guru Mohd Zaharani Omar, 55, cikgu Mohd Isa Zakaria, seorang pegawai perubatan, Dr Ahmad Fadli Mohd Burhanuddin, seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Mohamad Ariff Halimi dan seorang kontraktor Mohd Halim Omar.

Mohd Zaharani berkata, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Perth, Australia pada kira-kira 1 pagi tadi dengan menaiki pesawat penerbangan Malaysia Airlines.

“Turut mengucapkan selamat jalan di KLIA ialah Ketua UMNO Bahagian Besut merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kumpulan ini dijangka pulang ke ibu negara pada 31 Disember.

Menurut Mohd Zaharani, mereka dijangka merentasi benua Australia dengan berjalan kaki dan memandu kenderaan pacuan empat roda ke beberapa bandar raya utama.

Mereka juga akan bermalam dalam khemah dan masjid sepanjang perjalanan ke bandaraya Adelaide, Darwin, Alice Springs, Melbourne, Canberra, Sydney, Brisbane, Gold Coast dan Pulau Tasmania.

-bharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");