Jenayah

Anggota polis peronda parah dirempuh

Seremban: Seorang anggota polis parah dan seorang lagi cedera di muka selepas kereta peronda (MPV) dinaiki dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 0.5, Jalan Bahau-Juasseh, berhampiran Balai Polis Bahau, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa Koperal Zulkifli Zainuddin, 55 dan Lans Koperal Abdullah Abd Karim, 24, sedang meronda di Taman Meranti ketika kejadian jam 12.15 tengah malam itu.

Katanya, sebaik membelok ke kanan jalan dari arah Juasseh, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Saga dari arah Bahau melanggar lampu isyarat sebelum merempuh bahagian kiri MPV dinaiki dua anggota terbabit.

“Akibat rempuhan itu, Zulkifli yang berada di tempat duduk penumpang patah tiga tulang rusuk dan mengalami pendarahan di bahagian kepala, dada serta paru paru,” katanya.

Menurutnya, sementara itu Abdullah pula mengalami kecederaan dibahagian muka akibat terhantuk.

Katanya, kedua-duanya dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, berikutan keadaan kritikal.

“Buat masa ini kami menahan pemandu kereta Proton Saga berusia 21 tahun itu untuk siasatan lanjut,” katanya selepas menziarahi dua anggotanya di HTJS, hari ini.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");