Membawang Hari Ini

Aura Belinda

Pasti ramai yang mengenali pengacara jelita yang menempa nama dalam program Quickie dan teman bergandingan dengan hos Melissa Maureen di saluran 8TV sebelum ini iaitu Belinda Che.

Bukan saja berbakat sebagai pengacara televisyen, Belinda yang juga turut berkecimpung dalam bidang lakonan dengan beraksi dalam pelbagai drama bersiri berbahasa Cina dan Mandarin yang bersiaran di kaca TV sebelum ini.

Bagaimanapun, Belinda terpaksa berehat selama tiga tahun daripada bidang pengacaraan selepas melahirkan cahaya mata perempuannya, Danielle, 3, pada Disember 2011 hasil perkongsian hidup dengan pengarah urusan di sebuah syarikat media pengiklanan, Yeow Eng Joe.

Namun kata anak bongsu daripada dua beradik ini, bidang pengacaraan bagaikan sudah sebati dalam dirinya. Justeru, peluang menjadi hos program bual bicara wanita popular Bella, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

“Secara peribadi, selepas berkahwin dan bergelar ibu, saya memang menanti peluang untuk mengacarakan program yang membincangkan topik berkaitan wanita.

“Sebab itu, saya sanggup menghadiri sesi uji bakat yang diadakan sebelum diterima menjadi hos program ini,” katanya.

Belinda mengakui program Bella juga lebih dekat dengan dirinya.

“Saya percaya penonton setia Bella akan mudah berinteraksi dengan saya selaras dengan status sebagai ibu muda dan wanita moden yang sentiasa yakin dalam perkara yang mereka lakukan,” katanya.

Pada masa sama, kata Belinda, dia turut berdepan dengan cabaran tersendiri ketika mengendalikan program Bella.

“Sebagai ibu berkerjaya, saya perlu bijak membahagikan masa antara karier dan rumah tangga. Memang penat dan tidak cukup rehat kerana terpaksa berkejar ke sana ke mari.

“Tapi ia bukan alasan untuk saya memberikan yang terbaik pada program ini, sekali gus memberi kepuasan pada diri dan penonton setia Bella di luar sana,” katanya.

Bukan saja bersandarkan paras rupa jelita, program bual bicara wanita popular, Bella di saluran ntv7 menampilkan gandingan mantap tiga hos iaitu Belinda Chee, Elaine Daly dan Lisa Wong.

Mereka bukan saja memiliki tarikan tersendiri, ketiga-tiga hos itu adalah wanita yang berpengaruh, mempunyai pencapaian dan pengalaman tersendiri.

Bagi Belinda, dia berasa sangat bertuah kerana terpilih bergandingan de-ngan dua lagi hos berkaliber seperti Elaine dan Lisa.

“Setiap hos memiliki kelebihan masing-masing dan ada cara tersendiri mengendalikan program Bella. Selaku hos, saya akui masih banyak lagi ilmu pengacaraan yang perlu dipelajari dalam memantapkan lagi prestasi sedia ada,” katanya.

Berbanding dalam program Quickie, kata Belinda, dia perlu mengacarakan program Bella yang bersiaran selama sejam tanpa ditemani pengacara lain dalam slot ditetapkan.

“Pada masa sama, saya perlu mengendalikan semua slot dalam masa sejam sendirian bersama barisan tetamu undangan untuk membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan isu wanita masa kini.

“Antara pengalaman menarik mengendalikan program Bella ialah ketika segmen memaparkan sajian berasaskan kari.

“Sebagai hos Bella, saya berasa gembira segmen berkaitan sajian kari itu dilaporkan mendapat rating paling tinggi di kaca TV,” katanya.

Selepas memenangi anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik pada Anugerah Skrin dua tahun berturut-turut pada 2012 dan 2013, Bella ternyata berjaya memaparkan topik yang mampu menyelami hati golongan wanita di negara ini.

Program Bella bersiaran selama satu jam setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11 pagi di saluran ntv7.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");