Sukan Hari Ini

Aura ‘sifu’

Kuala Lumpur: Tidak beraksi buat kali pertama pada kejohanan badminton berpasukan paling mewah, Piala Axiata 2014 bukan penghalang bagi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei membantu pasukan Malaysia dari segi sokongan moral dan juga berkongsi pengalaman dalam usaha Malaysia mengekalkan kejuaraan.

Dia yang kini digantung sementara Persekutuan Badminton Dunia (BWF), mengakui turun berlatih di Stadium Juara, Bukit Kiara sejak akhir-akhir ini bagi membantu rakan sepasukan terutama pemain perseorangan, Chong Wei Feng, Liew Daren dan Tan Kian Meng.

“Saya akan bantu pemain dalam latihan dan mereka sebenarnya tidak perlu risau masalah yang saya hadapi sekarang,” kata Chong Wei yang dilihat turun ke gelanggang semalam dan sempat berlatih bersama Kian Meng.
Kali pertama pemain berusia 32 tahun itu turun berlatih bersama skuad kebangsaan sejak episod gagal ujian doping di Kejohanan Dunia 2014 Copenhagen, Rabu lalu dan semalam pemain itu dilihat menjalani latihan seperti biasa.

Chong Wei kini dihukum gantung sementara oleh BWF sebelum Panel Pendengaran Doping BWF menjalankan perbicaraan awal bulan depan.

“Saya akan bantu mereka yang akan beraksi di mana-mana kejohanan termasuk Wei Feng,” katanya yang didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone.
Wei Feng sebelum ini pernah mengeluh ketiadaan Chong Wei dan mengakui berasa sunyi ketika turun berlatih serta menyertai mana-mana kejohanan di luar negara.

Ditanya mengenai Panel Pendengaran Doping BWF yang berkemungkinan diadakan secara dalam talian, Chong Wei berkata, dia tidak mengetahui perkara itu kerana belum disahkan.

“Kita tengok bagaimana mereka (BWF) lakukan. Saya tidak boleh komen mengenai perkara ini sebab terlalu sensitif,” kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London).

Ketiadaan Chong Wei menyebabkan skuad negara bergantung harapan pada dua pemain perseorangan, Wei Feng dan Daren di Piala Axiata 2014 yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.3 juta).

Lapan pasukan berentap sesama sendiri selama tujuh hari di pusingan awal di Arena Britama, Kelapa Gading Jakarta dari 27 November hingga 3 Disember, manakala peringkat separuh akhir dan akhir diadakan di Stasdium Badminton Kuala Lumpur (KLBA) Cheras dari 6 hingga 7 Disember
-hmetro-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");