Berita Hari Ini

Azalina: Pegawai kerajaan jangan bersikap angkuh

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini mengingatkan pegawai kerajaan supaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya dan tidak bersikap angkuh.

Azlina berkata, kadangkala pengawai kerajaan terlalu sukar untuk ditemui sehinggakan mengalahkan kesibukan perdana menteri.

“Kita sebagai ahli Parlimen susah sangat hendak berurusan dengan pegawai kerajaan.

“Bayangkan saya hendak berurusan dengan pengerusi sebuah agensi betapa susahnya, hendak jumpa PM lagi mudah untuk temui dia.

“Jadi satu sahaja ingatan saya, pegawai kerajaan jangan bersikap lebih sudu daripada kuah,” katanya ketika sesi perbahasan di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Oleh itu Azalina menyeru kepada menteri yang bertanggungjawab agar turun padang untuk menasihati mereka.

“Berilah nasihat kepada mereka,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");