Jenayah

Badan berasap pakaian terbakar

Johor Bahru: “Mungkin disebabkan besi pada pen dalam poket baju manakala tangannya sedang memegang penghadang besi, menyebabkan dia disambar petir,” kata pengawal keselamatan M Suseelan, 43, rakan setugas lelaki yang maut dipanah petir di sebuah sekolah di Pasir Gudang, petang kelmarin.

Suseelan yang mula mengenali mangsa, Abdullah Basara, 57, sejak tiga bulan lalu, berkata mangsa keluar dari pondok pengawal kira-kira jam 3.15 petang untuk membuka pagar dengan penghadang besi bagi memberi laluan kepada kereta seorang guru keluar dari kawasan sekolah.

“Selepas itu, ada dua lagi kereta menuju ke arah pintu pagar dan Abang Dollah (Abdullah) menunggu kereta itu sambil memegang pagar besi berkenaan.

“Ketika itu cuaca mendung dengan petir. Tiba-tiba angin bertiup kencang diikuti dentuman kuat,” katanya.

Menurut Suseelan, dia terdengar bunyi bising suara penuntut sebuah universiti berdekatan sejurus dentuman kuat itu, dipercayai mereka ternampak mangsa dipanah petir.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");