Berita Hari Ini

Bagi jelas takrifkan Islam dalam Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menjelaskan perkara mengenai Islam agama Persekutuan dengan takrifan yang betul di dalam Perlembagaan Persekutuan demi mengelak kedaulatan agama itu dipertikaikan pihak tidak bertanggungjawab.

Timbalan Presiden Muafakat, Mohd Amin Hashim berkata, perkara itu penting bagi mewujudkan perpaduan nasional terutama hubungan sesama masyarakat Islam sendiri yang dilihat semakin berpecah.

“Kita bukan liberalisme atau pluralisme. Tetapi kita adalah Islam yang memegang fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah dengan mazhab Syafie iaitu satu-satunya agama Persekutuan.

“Apabila takrifannya jelas, tidak mungkin timbul perselisihan atau pertelingkahan sesama Islam mengenai hal remeh temeh,” katanya ketika berucap menyokong usul Memorandum Perpaduan Nasional pada Konvensyen Perpaduan Nasional, semalam.

Beliau berkata, perpaduan sesama Islam itu akan berjaya dilaksanakan jika Pas dan Umno boleh bersatu bekerjasama memperjuangkan Islam dan hak-haknya.

“Kedua-dua parti yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam dilihat lebih kuat sekiranya bersatu dalam beberapa perkara melibatkan kedaulatan agama Islam,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga disaran mengkaji semula dasar yang mensyaratkan pembinaan masjid dan surau di negara ini dikawal ketat, perlu mendapat kebenaran daripada majlis agama Islam negeri serta pihak berkuasa tempatan.

Antara lain juga, kerajaan hendaklah memasukkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan untuk menjadikan satu kesalahan jenayah bagi sesiapa yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama
Persekutuan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");