Jenayah

Bakal pengantin tidur lokap

Raub: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Jumaat ini terpaksa bermalam di lokap selepas positif dadah ketika memandu di Kilometer 357, Jalan Raub-Bentong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, lelaki berusia 20 tahun ditahan ketika dalam perjalanan pulang ke kampungnya, di Pasir Mas, Kelantan dari Negeri Sembilan untuk bertemu keluarga bagi membincangkan majlis perkahwinannya.

Difahamkan, lelaki itu yang melalui sekatan jalan raya didapati berada dalam keadaan mencurigakan sebelum anggota polis mengarahkannya berhenti di tepi jalan untuk menjalani ujian air kencing.

Pegawai Penguat Kuasa Trafik dan Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, ketika diperiksa, lelaki itu memberikan kerjasama sebelum suspek diarahkan menjalani ujian air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");