Berita Hari Ini

Banjir: 59 Mangsa Masih Di Pusat Pemindahan

IPOH : Seramai 59 orang daripada 16 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan dekat sini sejak Jumaat lepas berikutan banjir.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak, Mohd. Fadzly Mohamad Zawawi berkata, kesemua keluarga itu adalah dari Lorong Mesra di Batu 7, Changkat Jong.

“Setakat ini, air Sungai Bidor berada pada tahap 3.16 meter daripada paras bahaya 3.5 meter. Keadaan cuaca tengah hari ini mendung,” katanya.

Katanya, air masih bertakung di Lorong Mesra menyebabkan mangsa tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing.

“Jika cuaca benar-benar panas, barulah banjir ini akan surut,” katanya.

-KOSMO-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");