Membawang Hari Ini

Bazar Star Hype Fiesta disertai ramai artis popular

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan Star Hype Fiesta diadakan pada September lalu di Empire Damansara, acara yang sama akan menyusul pada 29 dan 30 November ini di The Strand Kota Damansara.

Lebih 180 vendor terdiri dari selebriti dan orang biasa akan mengambil bahagian. Bazar istimewa ini dianjurkan hasil inisiatif adik kepada Umie Aida dan Erma Fatima, Betty Rahmad. Ia akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain Betty, Umie Aida dan Erma Fatima, antara artis lain yang turut serta ialah Elfira Loy, Nabila Huda, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Emma Maembong, Puteri Balqis, Awie, Zara Zya, Dynas Mokhtar dan Sharifah Sakinah.

“Alhamdulillah dari sambutan acara lalu maklum balas yang diterima cukup positif. Antara sebab saya menganjurkan bazar ini ialah mahu menolong mereka yang menjadikan ruang laman sosial terutamanya Instagram untuk berniaga.

“Dalam erti kata lain selain mempromosikan di laman Instagram produk atau perkhidmatan, mereka boleh kembangkan perniagaan dengan pembabitan bazar sebegini. Almaklumlah kini ramai yang berniaga dalam talian tanpa ada kedai atau kios.

“Lebih istimewa acara ini menyelitkan aktiviti untuk seisi keluarga. Kami ada wujudkan permainan buih gergasi untuk kanak-kanak, pembabitan badut, acara silap mata selain diberikan percuma ais krim dan hot dog,” katanya yang akan menjual biskut.

Menurut Betty lagi booth yang disediakan berjumlah 180. Daripada jumlah itu sekitar 14 booth dimiliki artis seperti yang disebutkan di atas. Pelbagai barang menarik akan dijual dengan harga menarik di sana. Hazama turut diundang untuk menghiburkan pengunjung secara langsung.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");