Sukan Hari Ini

Belanda belasah Latvia kelayakan Euro 2016

AMSTERDAM: Belanda merakamkan kemenangan besar membelasah Latvia 6-0 dalam saingan kelayakan Euro 2016 di tempat sendiri, awal pagi tadi.

Kemenangan ini setidak-tidaknya mengurangkan tekanan ke atas pengurus pasukan, Guus Hiddink yang sebelum ini berkata dia akan meletakkan jawatan jika pasukan tuan rumah kalah kepada lawan kerdil itu.

Arjen Robben dan Klaas-Jan Huntelaar masing-masing menjaringkan dua gol dengan Robin van Persie dan Jeffrey Bruma menjadi penyumbang gol lain.

Belanda kini di tangga ketiga Kumpulan A berbekal enam mata daripada empat perlawanan – tiga mata di belakang pendahulu, Republik Czech dan Iceland. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");