Sukan Hari Ini

‘Belum masanya tukar Rodgers’

AKSI buruk Liverpool dalam saingan awal Liga Perdana Inggeris (EPL) membuatkan pengendalinya, Brendan Rodgers tidak senang duduk.

Ditambah dengan khabar angin mengatakan bahawa bekas pengurus The Reds yang kini menerajui Napoli, Rafael Benitez bakal menjadi pengganti Rodgers.

Bagaimanapun, bekas perancang tengah Reds, Jason McAteer berpendapat belum tiba masanya untuk mencari pengganti Rodgers.

“Tidak mungkin Benitez akan dipanggil hanya kerana Liverpool beraksi dengan buruk dalam saingan awal liga.

“Rodgers perlu diberi masa dan saya dapat Liverpool masih gembira bersamanya,” katanya.

Musim lalu menyaksikan Rodgers kembali membawa Reds ke saingan Liga Juara-Juara selepas berjaya membawa pasukannya menghuni tangga kedua liga.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");