Berita Hari Ini

Buku teks digital mulai 2016

Putrajaya: : Isu beg sekolah berat yang sering dibangkitkan ibu bapa dijangka diselesaikan melalui pelaksanaan Buku Teks Digital Interaktif Digital yang dijangka bermula pada 2016 hingga 2025.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inovasi itu adalah gelombang kedua transformasi buku teks selepas pelaksanaan inovasi buku teks digital awal tahun lalu, sekali gus membolehkan pengajaran, pembelajaran, koloboratif dan pentadbiran dijalankan melalui persekitaran pembelajaran maya.

“Inovasi ini juga usaha kementerian menyelesaikan isu beg sekolah berat yang sering dibangkitkan ibu bapa

“Apa yang penting ibu bapa tidak perlu menanggung kos tambahan dengan pelaksanaan buku teks digital ini, sebaliknya semua peralatan berkaitan ‘Google Chrome Book’ diberi kepada sekolah untuk ditempatkan secara kekal bagi kegunaan murid khususnya bagi pelaksanaan buku teks digital ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pendidikan (KPM) 2014, di sini, semalam.

Gelombang pertama inovasi buku teks digital dilancarkan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada Februari lalu yang membolehkan 313 judul buku teks boleh diakses oleh murid, guru dan ibu bapa melalui 1BestariNet.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, penggunaan pembelajaran melalui sistem ini di sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah dalam memastikan semua pelajar berpeluang menggunakan inovasi berkenaan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");