Membawang Hari Ini

Cabaran wanita bertudung

JENAMA Safi menerusi rangkaian produk penjagaan rambut khusus wanita bertudung, Safi Shayla membawakan program realiti, Cabaran Shaylanista.

Program realiti itu menyerlahkan identiti integriti wanita Muslimah moden, berkeyakinan tinggi dan tidak gentar akan cabaran arus perdana.

Pengarah Kreatifnya, Aidid Marcello berkata, daripada 4,000 penyertaan yang diterima hanya 50 peserta yang terpilih untuk menyertai kem jati diri Cabaran Shaylanista, di Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat.

“Melalui kem itu, 16 finalis dipilih menyahut pelbagai cabaran yang menguji ketangkasan minda, kekuatan fizikal dan emosi .

“Program ini umpama manifesto identiti generasi Muslimah berintegriti masa kini,” katanya.

Tambah Aidid lagi, finalis Cabaran Shaylanista dipilih berdasarkan kriteria seperti seorang yang bertudung, berusia 19 tahun hingga 30 tahun, berpersonaliti menarik, aktif dan menggemari aktiviti lasak selain menawarkan hadiah utama berjumlah RM 20,000 untuk kumpulan yang menang.

Episod pertama Cabaran Shaylanista ditayangkan pada 2 November lalu, jam 9.30 malam di TV9 dan dihoskan Ameera Zaini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Shaylanista layari laman facebook rasmi SAFI www.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");