Berita Hari Ini

Cadangan tutup sekolah vernakular keterlaluan

KOTA BELUD – Cadangan pihak tertentu supaya semua sekolah vernakular di negara ini ditutup adalah keterlaluan dan tidak wajar, kata Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak.

Beliau berkata, ini kerana sekolah vernakular ialah sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

“Ini bermakna sebarang cadangan untuk menghapuskan sekolah vernakular adalah pandangan yang melampau atau keterlaluan,” katanya.

Salleh, yang juga Adun Usukan, bercakap pada majlis pelancaran sambutan 20 tahun Tadika Lok Yuk dan perasmian dewan permainan berharga RM150,000 yang dibiayai kerajaaan Persekutuan di sini, hari ini.

Isu mengenai kewujudan sekolah vernakular menjadi perdebatan sejak sekian tahun dan kembali hangat baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA tetap pertahan sekolah vernakular]

Salleh, yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah sebelum ini memberi jaminan sekolah-sekolah berkenaan akan terus menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, sekolah vernakular memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pendidikan kepada semua kumpulan dalam masyarakat, terutama di Sabah yang mengandungi masyarakat pelbagai etnik dan agama.

“Kita harus ingat bahawa banyak pelajar Bumiputera turut bersekolah di sekolah vernakular (di Sabah) dan itu juga memainkan peranan penting dalam memupuk perapaduan kaum,” katanya sambil menambah kata bahawa amalan yang menjadi tradisi di Sabah tidak boleh disamakan dengan Semenanjung. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");