Sukan Hari Ini

Christina Kim dahului Ochoa Invitational

BANDARAYA MEXICO: Christina Kim yang memburu gelaran pertama LPGA sejak 2005, mencatatkan tujuh di bawah par 65 untuk mendahului dengan satu pukulan selepas pusingan pertama Lorena Ochoa Invitational.

Pemain berusia 30 tahun dari Amerika Syarikat itu mengatasi pemain Sepanyol, Azahara Munoz dengan satu pukulan manakala pemain remaja New Zealand, Lydia Ko, sendirian di tempat ketiga dengan catatan 68 pukulan.

Catatan tanpa bogey Kim pada pusingan pembukaan itu termasuk eagle di lubang kedua dan ke-17.

Dua gelaran LPGA yang dimenanginya sebelum ini ialah Longs Drugs Challenge 2004 dan Tournament of Champions 2005.

Kim juga memenangi acara Ladies European Tour dan Sicilian Ladies Italian Open pada 2011.

Sementara itu, bogey pada lubang terakhir menyebabkan Munoz terlepas peluang untuk berkongsi kedudukan dengan Kim. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");