Sukan Hari Ini

Dollah beri amaran

ENGGAN bermula dengan langkah kiri menjelang aksi pertama Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar, pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh mahu anak didiknya merantai pergerakan penyerang lawan, Kyaw Ko Ko yang dilihat ancaman terbesar buat skuad negara.

Jelasnya, keupayaan lawan tidak boleh dipandang rendah terutamanya penyerang dan pemain tengah yang disifatkan nadi kemenangan Myanmar.

“Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar pasukan yang agak hebat.

“Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak dia (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Pertahanan perlu sentiasa waspada dan rantai pergerakannya,” katanya.

Mengulas mengenai dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand di padang rumput tiruan, jurulatih
kelahiran Melaka ini mengakui barisan pemainnya masih cuba menyesuaikan diri.

“Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan). Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar,” ujarnya.

Malaysia bakal menentang Myanmar, esok dan Thailand (26 November) di padang rumput tiruan sebelum aksi terakhir peringkat kumpulan menentang tuan rumah, Singapura di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub 29 November ini.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");