Sukan Hari Ini

Dollah pertahan pilih barisan terbaik ke Piala AFF

KUALA LUMPUR: Dollah Salleh enggan melayani pengkritik bola sepak tanah air, sebaliknya mahu memberi fokus kepada persiapan skuad Harimau Malaya menyahut cabaran dalam Piala AFF Suzuki di Singapura.

Tidak dinafikan ketua jurulatih skuad negara itu makin tertekan dengan pencapaian hambar skuad negara dalam beberapa siri persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Namun, dia menyuarakan dia tidak perlu menjawab kritikan yang dilontarkan ketika ini, sebaliknya tugasan lebih penting adalah mencanang skuad yang mampu memberi saingan dalam Kumpulan B nanti.

Dia turut tidak menafikan betapa dia kecewa dengan pengkritik yang seperti menyoal kemampuannya selaku jurulatih.

“Saya tak peduli lagi apa pengkritik cakap. Saya memilih pemain yang dianggap berada pada prestasi terbaik ketika ini,” katanya selepas sesi latihan di Bukit Jalil, semalam.

Dia bersuara pada saat getir ini adalah lebih baik untuk memberi fokus kepada pasukan dan Piala AFF serta mencapai sasaran diberi pihak pengurusan.

Sesetengah pengkritik turut mendakwa bahawa pengurus pasukan, Datuk Sudarsono Osman juga tidak banyak memberi sokongan kepada Dollah bagi misi kali ini.

Malaysia membuka tirai perlawanan bertemu Myanmar, Ahad ini sebelum menentang Thailand pada 26 November.

Anak didik Dollah akan melengkapkan jadual perlawanan kumpulan menentang tuan rumah, Singapura pada 29 November.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");