Perak Hari Ini

Empat Individu Dicari Bantu Selesai Kes Curi

IPOH : Empat individu yang terlibat dengan pelbagai kes curi dan lerai komponen lori di negeri ini, kini giat diburu pihak polis bagi menyelesaikan kes terbabit.

Kesemua mereka adalah Mohamad Mukmin Ibrahim Basri, 25 dan S. Ramu, 46, masing-masing berasal dari Ipoh serta Dalbir Singh, 31, yang tinggal di Sungai Puyu, Butterworth dan P Vikneswaran, 28 yang berasal Prai, Pulau Pinang.

Mereka dikehendaki pihak polis selepas berjaya menemui semula enam lori pelbagai jenama yang dipercayai dicuri daripada Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dalam empat serbuan yang dijalankan sekitar Batu Gajah dan Ipoh sejak dua minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, tujuh kepala lori turut ditemui dalam serbuan yang dilakukan di Kawasan Perindustrian IGB Tasek, Kampung Tawas pada 15 November lalu.

“Siasatan susulan mendapati lori-lori terbabit dilaporkan hilang di Machang Bubok, Bukit Tambun, Sungai Wei dan Cheras. Sebuah lori jenis Daihatsu masih disiasat selepas nombor enjin dan casis telah diubahsuai,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Pasir Puteh di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua dan pacuan empat roda Toyota Hilux yang digunakan suspek dalam aktiviti berkenaan membabitkan rampasan bernilai antara RM600,000.

Kata Paramasivam, enam suspek berusia 19 hingga 36 tahun berjaya ditahan ketika mereka sedang memunggah enjin lori di sebuah ladang ayam di Kampung Jelutong, Batu Gajah.

“Kesemua mereka sedang dalam tahanan reman sehingga 26 November ini untuk melengkapkan siasatan dan pembabitan mereka dalam pelbagai kes di negeri ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun kumpulan bersenjata,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");