Membawang Hari Ini

Empat lagi artis kumpul 1 juta peminat di Instagram

KUALA LUMPUR: Selepas Nora Danish dan Zizan Razak mengumpul 1 juta pengikut di Instagram, beberapa selebriti lain turut mengikuti jejak yang sama.

Malah jumlah 1 juta itu bukan sesuatu yang mustahil untuk diraih selebriti di negara kita.

Selepas dua bintang popular itu, Lisa Surihani, Emma Maembong dan Scha Alyahya juga berjaya mengumpul 1 juta peminat di laman bergambar popular itu. Semalam Datuk Siti Nurhaliza pula mengikuti jejak yang sama.

Penyanyi dan usahawan popular SimplySiti itu menerusi laman berkenaan memuat naik gambar mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengikutnya kerana sudi menyokong dan mengikuti perkembangannya di situ.

“Semoga ikatan terbina ini akan terus bercambah dengan baik serta bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua,”katanya.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak turut berkongsi perkara berkenaan di laman Instagram beliau. Katanya sebagai selebriti, bagi pengikut yang mengikuti perkembangan artis mahupun personaliti tertentu mempunyai hubungan yang tersendiri.

“Menerusi Instagram ini mereka boleh mengenal, mendekati, mengikuti malah dapat mengetahui info terkini artis kesayangan mereka. Moga 1 juta ini adalah satu suara kejujuran, salam perdamaian, ikatan perpaduan, wadah prihatin, ruang perkhabaran dan tentunya mengenai sisi Siti Nurhaliza seadanya,” kata Rozi.

Sementara itu, Scha Alyahya turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pengikutnya di laman Instagram.

“Saya mahu memanjangkan kesyukuran ini kepada semua yang berada bersama saya selama ini. Semoga kamu semua dirahmati dan dilindungi serta saling sayang dan menghormati antara satu sama lain. Saya hargai sokongan berterusan anda,” kata ibu kepada Lara Alana itu.

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");