Sukan Hari Ini

Federer aibkan Murray, Nishikori mara

LONDON: Roger Federer menyingkirkan Andy Murray daripada Jelalajah Akhir ATP dengan kemenangan mudah 6-0, 6-1 dan memastikan Kei Nishikori dari Jepun layak ke separuh akhir.

Kemenangan 4-6, 6-4, 6-1 Nishikori ke atas David Ferrer sebelum itu menyebabkan Murray perlu menewaskan Federer dalam dua set untuk mara dari Kumpulan B.

Namun Murray tewas dalam hanya 56 minit dan kekalahan itu menyamai rekod terburuk beliau apabila tewas 6-1, 6-0 kepada Novak Djokovic di Miami pada 2007.

Federer yang memburu gelaran Jelajah Akhir ATP ketujuh, menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat teratas apabila menang semua tiga perlawanan dan beliau akan disertai Nishikori yang membuat penampilan pertama pada acara akhir musim yang berprestij itu. – AFP-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");