Laporan Eksklusif

FELDA Bantu Tingkat Ekonomi Bumiputera

OLEH: SULAIMAN RASHIDRASHID:-

ORDINAN Kemajuan Tanah 1956 telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 1 Julai 1956.

Objektif penubuhan FELDA adalah untuk membasmi kemiskinan melalui pembangunan tanah dan penempatan semula dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

FELDA telah menghentikan pengambilan peneroka baru pada tahun 1990.

FELDA telah diberikan kepercayaan oleh pihak kerajaan untuk berdiri di atas kaki dan kewangannya sendiri.

Ini dilakukan dengan menjadikannya sebuah badan berkanun yang dapat mengembangkan kepelbagaian perniagaan untuk menjana pendapatan sendiri.

Beberapa entiti korporat swasta telah dilancarkan oleh FELDA dalam usaha untuk menjana pendapatan bagi memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya.

Ini termasuklah dengan penubuhan Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad ditubuhkan di bawah Ordinan Koperasi 1948 pada 1 Julai 1980. Tujuan penubuhannya ialah untuk menjadikannya sebagai wadah simpanan dan pelaburan warga Felda.

Hasrat murni FELDA melalui penubuhan KPF ini memberikan peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF adalah untuk kemajuan warga FELDA juga.

Pada tahun 2011, KPF telah menerima penarafan anugerah lima bintang di Malaysia dan Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011 melalui pemeriksaan audit wajar sempena Hari Koperasi Negara 2011.

FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kini beribu pejabat di Malaysia. FGV adalah satu perniagaan global berfokuskan kepada bisnes berasaskan pertanian yang menerajui secara global dan memfokuskan kepada pembekalan minyak kelapa sawit dan getah, pengeluaran gula dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan minyak dan kimia oleo.

Entiti FELDA yang ketiga iaitu FELDA Investment Corporation (FIC) telah ditubuhkan di Malaysia pada 2 Julai 2013 sebagai sebuah syarikat persendirian. FIC bertanggungjawab untuk aktiviti-aktiviti perniagaan yang tiada kaitan dengan pertanian. Ia lebih menumpukan kepada pembangunan hartanah, perhotelan dan pelaburan strategik lain.

Kini, FIC dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). FIC telah menyertai beberapa perjanjian strategik termasuklah pelaburan dalam IRIS Corporation Berhad dan pengambilalihan syarikat hartanah, Encorp Berhad.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan sama sekali tidak mewakili pendirian Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");