Sukan Hari Ini

Genggam emas

Kuala Lumpur: Perjuangan masih belum selesai dan kerana itu Datuk Ong Kim Swee masih setia bersama Harimau Muda A walaupun mendapat tawaran lumayan daripada beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sebelum ini kedudukan pengendali berusia 43 tahun itu yang membantu skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 mula goyah apabila dikhabarkan menjadi buruan Selangor dan Sabah.

Namun selepas berfikir panjang, Kim Swee memutuskan untuk terus bersama Harimau Muda A hingga Disember tahun depan dengan misi utamanya membawa pulang emas Sukan SEA Singapura.

“Memang saya akui mendapat tawaran lumayan daripada beberapa pasukan tempatan, tetapi misi saya bersama Harimau Muda A belum selesai. Kontrak saya bersama FAM berakhir hujung tahun depan dan tumpuan kami kini adalah merampas pingat emas Sukan SEA,” katanya.

Namun demikian Kim Swee mengakui Sukan SEA Singapura pentas terakhir beliau bersama pasukan muda negara kerana berasa sudah tiba masanya mencari cabaran baru.

“Saya fikir Singapura Sukan SEA terakhir buat saya. Mungkin sudah tiba masanya untuk (FAM) memberikan perhatian kepada calon-calon lain,” katanya.

Sejak mengambil alih tugas membimbing Harimau Muda A daripada Datuk K Rajagobal pada 2009, Kim Swee berjaya memenangi Liga Perdana pada tahun sama sebelum mempertahankan pingat emas di Jakarta serta menjuarai Pestabola Merdeka tahun lalu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");