Perak Hari Ini

Gerai Jualan Tawar Harga Menarik Buat Pengunjung PAU 2014

KUALA LUMPUR – Tawaran harga serendah RM50 bagi lima kain pasang adalah antara tarikan yang disediakan gerai bernombor milik B197 sempena Perhimpunan Agung Umno, kali ini.

Tinjauan Peraktoday.com.my juga mendapati kebanyakan peniaga gerai fabrik dan pakaian di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyediakan tawaran harga yang cukup menarik buat para pengunjung.

PERAK TODAY 8

KACHA salah satu gerai pameran yang berjaya menarik minat Peraktoday.com.my untuk dikunjungi kerana menjual pelbagai jenis perhiasan wanita yang diperbuat daripada kaca.

Menurut pemiliknya, Shareena Sharidan, minat suaminya terhadap seni pembuatan kaca turut mendorong dirinya berkecimpung dalam perniagaan tersebut.

“Saya memilih tema ‘uniquelyu’ dalam setiap perhiasan wanita iaitu merujuk kepada wanita yang mempunyai keunikannya yang tersendiri,” katanya.

Jelasnya lagi, setiap rekaan rantai, rantai tangan dan cincin berbeza dalam setiap penghasilan menjadikan rekaannya cukup eksklusif buat si pemakainya.

Menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu, ujar Shareena, majoriti pelanggannya adalah pelancong asing berikutan kurangnya pendedahan mengenai perhiasan kaca di kalangan masyarakat tempatan.

“Harga berpatutan ditawarkan mengikut jenis kaca dan reka bentuknya. Setakat ini, pelanggan Malaysia sudah mula berminat untuk mengetahui mengenai seni kaca ini dan memakainya,” jelasnya lagi.

Sementara itu, menurut peniaga dari Sabah, Ali Ahmat, barangan seperti mutiara dan kuih muih tradisional tempatan nyata mempunyai tarikan tersendiri.

PERAK TODAY 3

“Kuih cincin antara yang menjadi pilihan pengunjung pameran kali ini,” katanya.

Esok merupakan hari terakhir jualan sempena Persidangan Agung UMNO 2014 dan bagi yang berminat, orang ramai boleh berkunjung ke aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mendapatkan lelongan harga terakhir yang pastinya menguntungkan pembeli.

PERAK TODAY 5

Sekitar 200 gerai disediakan untuk usahawan tempatan dari seluruh negara sepanjang lima hari persidangan itu berlangsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");