Jenayah

Giliran ayah menyusul ibu

Dungun : “Saya seakan bermimpi ngeri apabila kehilangan ayah, kakak dan adik sekali gus, tambahan pula ibu masih baru meninggalkan kami kira-kira tiga bulan lalu,” kata Rashdan Ibrahim, 27.

Dia adalah anak kedua Ibrahim Salim, 67, yang maut bersama dua lagi anaknya Suliana, 28, dan Rizal Zhafri, 22, dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) – Pasir Raja, dekat sini, semalam.

Tiga beranak itu yang tinggal di Kampung Pasir Raja, di sini, meninggal dunia apabila Perodua Alza dipandu Rizal Zhafri terbabas dan berpusing sebelum bertembung sebuah treler muatan kayu balak, kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Sebelum kemalangan, Ibrahim bersama dua anaknya itu dalam perjalanan menziarahi anak bongsunya, Mohd Fikri, 21, yang terbabit dalam kemalangan motosikal di Paka, pagi hari sama.

Rashdan yang tinggal di Kampung Kuala Abang, Dungun berkata, sebelum kejadian, dia menerima berita daripada arwah Suliana yang memaklumkan Mohd Fikri terbabit kemalangan di Paka.

“Ketika dalam perjalanan ke Paka, saya menerima berita ayah bersama dua beradik pula terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan melihat adik (Mohd Fikri).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");