Perak Hari Ini

Golongan Belia Harus Manfaatkan Peluang yang Disediakan Oleh Kerajaan

PASIR SALAK: Golongan belia diseru supaya memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh kerajaan kepada mereka bagi memajukan diri sendiri.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Salak merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, golongan tersebut perlu mempunyai kemahuan yang tinggi bagi mencapai hasrat tersebut.

“Apa yang paling penting golongan belia perlu ada kemahuan bagi menambah ilmu dan mempertingkatkan pengetahuan untuk membangunkan diri mereka.

“Golongan tersebut juga mampu membantu memajukan negara khususnya bagi Pasir Salak sekiranya bergiat aktif dan cergas,” katanya.PERAK TODAY 2

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan tiga gelanggang futsal di Parlimen Pasir Salak iaitu di Kampung Pasir Salak, Kampung Bukit Chawi dan Kampung Sungai Jawi.

Selain itu, ujarnya lagi, idea yang diberikan oleh golongan muda belia khususnya daripada luar bandar sebenarnya lebih di beri perhatian berikutan ia merupakan sesuatu yang bernas dan boleh diguna pakai.

“Idea yang bernas ada juga datang nya dari masyarakat kampung dan luar bandar dimana idea pembangunan ini lebih praktikal di laksanakan kerana semua aspek keperluan telah diambil kira.

“Jadi pihak belia di kampung atau luar bandar jangan gusar kerana idea tersebut akan diambil perhatian,” katanya lagi.

Beliau juga berharap agar golongan itu menggunakan peruntukkan yang telah disediakan itu sebaik-baiknya supaya ia tidak terbiar begitu sahaja.

“Kita menyeru mereka untuk menyertai program-program yang telah kita sediakan antaranya yang terbaru adalah usahawan Agropreneur Muda yang menyediakan peluang kepada golongan belia dalam menjadi usahawan muda khususnya dalam bidang pertanian,” ujar beliau.

PERAK TODAY 1Sementara itu, beliau berkata, penyediaan gelanggang futsal kepada belia di Parlimen Pasir Salak itu menunjukkan keperihatinan pemimpin kepada permintaan golongan itu yang menjadi nadi penggerak kepada kepimpinannya.

“Selalu orang kata, badan sihat otak cergas dimana ia secara tidak langsung melahirkan pemikiran yang bernas serta boleh menjalankan sebarang aktiviti peribadi dengan penuh cemerlang.

“Jadi, seperti yang kita tahu, kegiatan sukan yang amat digemari oleh golongan belia sekarang antaranya adalah futsal.

“Oleh sebab itu, kita meluluskan peruntukan hampir RM400,000 bagi ketiga-tiga gelanggang ini kerana kita tahu, mereka inilah yang menjadi pelapis kepada kepimpinan kita nanti,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");