Berita Hari Ini

GST: Harga rumah dijangka meningkat hanya 1%-2%

ALOR GAJAH – Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu hingga dua peratus dan bukannya tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April tahun depan.

Menurut Kementerian Kewangan, angka itu berdasarkan kiraan yang dilakukan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini.

Sebelum ini Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata harga rumah akan naik sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda).

Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.

Menurut Kementeria Kewangan, kenaikan itu tidak begitu ketara dan hanya bersifat sementara kerana kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah bagi mengekang kenaikan harga rumah sejak Bajet 2014 lepas.

Antara kaedah tersebut termasuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada 15 peratus kepada 30 peratus; meningkatkan harga rumah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembeli asing dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Skim Pemaju Tanggung Faedah bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");