Sukan Hari Ini

Guna duit sendiri

Kuala Kumpur: Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi menuntut perbelanjaan agak besar apabila Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mahu membeli tiga unit tambahan lampu percambahan ‘grow light’ dalam usaha mencari jalan penyelesaian masalah rumput di stadium utama itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pengerusi PSM Datuk Rozabil Abdul Rahman sudah memaklumkan perkara itu kepada beliau bagi memastikan rumput di stadium itu menerima cahaya mencukupi selepas menggunakan satu unit lampu jenis sama ketika ini.

Namun berbeza dengan kos RM1.5 juta yang diperuntukkan kementerian sebelum ini untuk menukar rumput jenis Bermuda Green, Khairy berkata, kali ini PSM bersedia menggunakan wang sendiri bagi membiayai pembelian tiga lampu itu.

“Kami sudah membuat keputusan untuk memulihkan padang sedia ada. PSM ada minta membeli lampu tambahan kerana kini ada satu saja.

“Saya beritahu mereka, kalau dapat gunakan peruntukan sedia ada stadium daripada hasil kutipan jualan tiket atau sewaan, mereka bolehlah membuat pembelian itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");